Di bawah adalah senarai FAQs atau Soalan Yang Lazim di Tanya oleh pelajar dan bakal pelajar DCnie Academy. Semua soalan telah disusun mengikut kategori mereka.
Jika anda ada sebarang soalan yang ingin ditanya klik pautan Hubungi Kami.
01) Keberkesanan Kursus
Adakah pembelajaran DCnie Academy berkesan?
Sistem
pembelajaran kami memang berkesan. Kami menyediakan nota yang mudah
dibaca dan difaham disertakan sekali dan video demonstrasi yang
menunjukkan langkah demi langkah semua tatacara menjalankan fungsi
komputer dan perisian yang berkaitan dengan setiap kursus. Kefahaman
anda diperkukuhkan lagi dengan ujian yang memberikan maklum balas markah
anda sebaik sahaja anda selesai menjalaninya. Kesemua ini memberi anda
pengalaman pembelajaran yang sofistikated dan terkini.
02) Pendaftaran Kursus
Adakah sebarang had umur dalam mengikuti kursus?
Tidak
ada sebarang had umur dalam menimba ilmu. Pelajar termuda kami berumur
13 tahun dan pelajar tertua kami berusia 72 tahun. Anda dialu – alukan
untuk memecah rekod mereka.
Bagaimana menghantar yuran kursus?
Yuran
kursus boleh dibayar melalui bank-in, perbankan online, wang pos,
kiriman wang atau cek atas nama DCnie Academy. Bukti bayaran boleh
dikemukan sama ada menerusi pos, e-mel atau WhatsApp bersama borang
pendaftaran anda.
Bagaimana saya mendaftar untuk kursus?
Untuk
mendaftar, anda perlu mendapatkan borang pendaftaran dengan klik menu
Daftar di atas. Selepas itu anda mengisi borang pendaftaran dan
kembalikannya kepada kami bersama bukti bayaran sama ada menerusi MMS,
WhatsApp, e-mel atau dengan mengepos sahaja borang ke alamat yang
tertera di dalam borang. Kami kemudian akan memproses permohonan anda
dan menghantar bahan kursus anda dalam masa 7 hari kerja.
Berapakah kos kursus – kursus DCnie Academy?
Harga
biasa satu kursus adalah RM150 sekali bayar sahaja. Anda boleh dapatkan
diskaun antara 20% hingga 70% menerusi katalog kursus kami. Katalog
kursus diposkan percuma kepada anda. Untuk dapatkan katalog dan diskaun,
sila isikan borang online dengan klik butang Daftar di atas.
Bolehkah saya mendaftar untuk lebih dari satu kursus serentak?
Memang
boleh. Anda boleh mendaftar untuk seberapa banyak kursus yang anda mahu
secara serentak. Berbuat demikian memberikan anda masa lebih lama untuk
menghabiskan kursus dan juga anda menikmati penjimatan dari diskaun
yang lebih besar.
03) Kos & Bahan Kursus
Adakah bahan kursus dihantar sekali gus atau berperingkat – peringkat?
Kecuali
dinyatakan sebaliknya di dalam borang pendaftaran, semua bahan kursus
diposkan serentak sekali gus. Tidak ada bahan kursus lagi yang menyusul
setelah anda menerima bungkusan pertama dari kami.
Adakah kos lain dalam mengikuti kursus ini?
Tidak.
Kami memberi jaminan bahawa anda tidak akan diminta untuk membayar
sebarang yuran atau kos kursus lain selain dari yuran kursus semasa
mendaftar.
Bagaimana menghantar yuran kursus?
Yuran
kursus boleh dibayar melalui bank-in, perbankan online, wang pos,
kiriman wang atau cek atas nama DCnie Academy. Bukti bayaran boleh
dikemukan sama ada menerusi pos, e-mel atau WhatsApp bersama borang
pendaftaran anda.
Bagaimanakah bahan kursus dihantar?
Bahan
kursus diposkan menggunakan perkhidmatan Pos Daftar Pos Malaysia.
Perkhidmatan ini mempunyai nombor siri yang boleh dirujuk oleh pengirim
atau penerima untuk memastikan status perjalanan bahan.
Berapa lama jangkamasa untuk saya menerima bahan kursus saya?
Anda
dijangka menerima bahan kursus dalam masa dua minggu dari tarikh kami
menerima borang permohonan anda. Kami akan memaklumkan anda menerusi SMS
bila bahan kursus anda diposkan. Jika anda tidak menerima bahan kursus
dalam tempoh 5 hari dari tarikh ia diposkan, silalah hubungi kami
segera.
04) Memulakan Kursus
Adakah kursus boleh dimulakan bila-bila masa setelah bahan kursus diterima?
Konsep
pendidikan DCnie Academy adalah pelajari komputer di mana jua anda
berada pada bila – bila masa. Ini bermaksud anda tidak terikat kepada
apa – apa jadual dan lokasi dalam mengikuti kursus – kursus anda.
Namun harus disedari bahawa bidang IT dan komputer adalah satu bidang
yang melalui perubahan yang pantas. Setiap tahun ada sahaja perubahan
dari segi perisian dan tatacara pengendaliannya. Kursus – kursus COMPU
Studies berusaha memberikan maklumat terkini sesuai dengan perubahan
ini. Oleh yang demikian anda disarankan mula mempelajari kursus anda
secepat mungkin setelah menerima bahan pelajaran.
Anda tidak digalakkan menyimpan bahan kursus anda terlalu lama
seperti beberapa bulan atau tahun. Ini akan menyebabkan kursus anda akan
ketinggalan dan mungin tidak menepati keperluan pada ketika anda hendak
mempelajarinya.
Kami di DCnie Academy juga sentiasa mengemas-kini kandungan
kursus-kursus dan mengeluarkan versi – versi baru kursus hampir setiap
tahun. Pelajar digalakkan menaik-taraf kursus sedia ada mereka agar
sentiasa dapat mengikuti perkembangan terkini bidang IT yang mereka
ceburi itu. Jadi jika anda tidak mempelajari kursus secepat mungkin,
anda mungkin akan keliru apabila menerima tawaran naik-taraf atau
upgrade kursus anda.
05) Menjalankan Kursus
Adakah saya perlu Internet untuk mengikuti kursus – kursus ini?
Tidak.
Semua bahan kursus dimuatkan dalam CD dan DVD kursus yang akan anda
pasang pada komputer anda. Anda tidak perlu sambungan Internet untuk
mengikuti nota, demonstrasi, latihan dan menjalankan kerja – kerja
praktikal kursus. Namun jika anda ingin mempraktikkan kemahiran yang
berkaitan dengan Internet yang diajar dalam bahan kursus, anda sudah
pastinya memerlukan sambungan Internet.
Apakah Petua Untuk Saya Berjaya Dalam Kursus?
Untuk berjaya dalam kursus, ikuti petua – petua berikut:-
- Anda hendaklah menyediakan suasana yang sesuai untuk pembelajaran.
Suasana yang terlalu bising dan banyak gangguan akan menyukarkan
pembelajaran. Pastikan anda hindarkan dari sebarang gangguan semasa
pembelajaran anda.
- Anda hendaklah menyediakan jadual waktu pembelajaran. Anda harus membuat jadual untuk belajar dan pastikan anda mengikutinya.
- Anda hendaklah membina semangat dan motivasi untuk belajar.
Anda perlu cipta satu impian berkenaan apa yang anda ingin perolehi
dari pembelajaran anda. Impian ini harus realistik dan mampu dicapai
oleh anda. Dengan cara ini impian berkenaan akan memberikan anda
semangat dan dorongan untuk belajar.
- Anda hendaklah menghubungi kami dengan persoalan dan pertanyaan berkenaan dengan kursus. Anda mesti bertanyakan soalan dari masa ke semasa supaya hilang rasa keseorangan menjalani kursus.
- Anda hendaklah tanam minat membaca. Buangkan tabiat takut membaca dan jadilah orang yang gemar membaca. Ia akan amat memudahkan anda mengikuti kursus.
Ikuti semua petua di atas dan kami yakin anda akan berjaya dalam kursus anda.
Bagaimana menjalankan semula kursus yang telah terhilang?
Untuk
mengaktifkan semula semua kursus – kursus anda yang terhilang akibat
dari kerosakkan atau kecurian komputer, sila lakukan langkah – langkah
ini:-
- Pasang kursus dari CD-ROM masing – masing.
- Jalankan kursus yang dipasang.
- Masukkan nombor pelajar seperti yang diminta oleh kursus
- Hantarkan SMS seperti yang diarahkan oleh kursus untuk memohon kod aktif KURSUS
- Aktifkan kursus dengan kod aktif KURSUS yang diperolehi dari kami melalui SMS.
Ulangi proses ini untuk setiap satu dari kursus anda. Jika ada sebarang masalah, sila telefon kami.
Bagaimanakah kursus – kursus ini dijalankan?
Setelah
berdaftar, anda akan dibekalkan dengan bahan kursus. Anda mengikuti
bahan kursus dan boleh bertanyakan sebarang persoalan kepada pensyarah
anda pada bila – bila masa. Anda akan melakukan latihan dan ujian dan
menghantarkannya kepada pensyarah untuk dinilai. Setelah tamat kursus,
sijil dikeluarkan kepada anda. Untuk penerangan terperinci, sila klik di sini.
Bolehkah CD dan DVD kursus dijalankan pada laptop?
Semua
CD dan DVD yang dibekalkan bersama bahan kursus boleh dijalankan pada
sebarang jenis laptop yang mempunyai pemacu CD/DVD. Tatacara menjalankan
CD dan DVD di laptop adalah sama sahaja seperti menjalankannya di
komputer Desktop.
Bolehkah kursus dijalankan di siber kafe?
Ya,
anda memang boleh jalankan kursus – kursus kami di komputer siber kafe.
Kursus – kursus DCnie Academy membenarkan anda memasang katalaluan atau
password kepada kursus supaya pengguna lain tidak dapat menggunakan
kursus tersebut. Setelah anda tamat mempelajari kursus, anda boleh buang
pemasangan kursus dari komputer siber kafe tersebut.
Ramai pengguna yang menjalankan kursus di siber kafe mempunyai
persefahaman dengan pemilik siber kafe supaya mereka sentiasa dapat
menggunakan komputer yang sama untuk mengikuti kursus tersebut. Ini
dapat dicapai dengan membuat pembayaran terlebih dahulu dan menempah
(booking) komputer tersebut di hari dan waktu yang diperlukan.
Bolehkah perisian dijalankan dari thumbdrive?
Jika
anda menggunakan komputer jenis netbook atau laptop yang tidak ada
pemacu CD dan DVD anda boleh menyalin semua fail – fail kursus dari CD
dan DVD kursus anda ke dalam thumbdrive dan pendrive dan menjalankannya
dari thumbdrive atau pendrive anda. Sudah pasti untuk melakukan kerja –
kerja salinan ini anda perlu menggunakan komputer yang mempunyai pemacu
CD dan DVD serta soket USB untuk thumbdrive/pendrive.
06) Tempoh Pembelajaran
Berapa lama tempoh langganan kursus?
Tempoh
langganan kursus anda adalah selama 12 bulan dari tarikh anda daftar.
Dalam tempoh langganan anda berhak mendapatkan perkhidmatan –
perkhidmatan berikut secara percuma:-
- Upgrade percuma kepada versi terkini bagi semua kursus yang anda telah daftar dan masih dalam tempoh langganan.
- Kod aktif percuma bagi kursus – kursus anda. Tertakluk kepada terma dan syarat kursus.
- Jawapan kepada sebarang soalan berkaitan kursus anda.
- Sijil percuma bagi semua kursus yang telah anda tamatkan.
Setelah tamat langganan, anda boleh menyambung langganan anda dengan
harga yang amat istimewa bagi terus menikmati kelebihan – kelebihan di
atas.
Berapa lama tempoh pembelajaran kursus?
Kebanyakkan
kursus – kursus DCnie Academy boleh dihabiskan dalam masa 1 hingga 2
bulan. Namun tempoh sebenar yang akan diambil bergantung kepada anda
sendiri. Ini kerana kursus DCnie Academy dipelajari oleh anda di
kediaman anda sendiri. Tidak ada kelas yang perlu diikuti. Tidak ada
jadual ketat yang perlu dipatuhi. Anda menentukan bila dan berapa lama
waktu yang hendak diperuntukkan untuk pembelajaran anda. Lebih banyak
masa diluangkan untuk pembelajaran, lebih cepat anda akan habiskan
kursus. Jadi segala – galanya bergantung kepada anda.
07) Kod Aktif
Bolehkan saya guna kembali kod aktif kursus?
Kod
aktif kursus boleh digunakan semula bagi kursus yang sama yang dipasang
di komputer yang sama. Jika anda memasang kursus yang berlainan atau
memasang kursus di komputer lain, anda perlu memohon kod aktif yang
baru. Anda juga perlu pohon kod aktif baru jika anda format komputer
anda.
08) Sijil Kursus
Adakah sijil kursus dihantar bersama dengan bahan kursus?
Sijil
kursus dihantar setelah pelajar menamatkan kursus dengan jayanya.
Setiap kursus disertakan dengan latihan atau ujian yang perlu disiapkan
oleh pelajar. Pelajar akan menyiapkan dan menghantar latihan/ujian ini
untuk dinilai oleh kami. Pelajar yang lulus latihan/ujian akan diberikan
sijil. Pelajar yang gagal akan diberi peluang untuk mengulanginya
sekali lagi. Kami tidak menjual sijil dan sebarang pernyataan berkenaan
pembelian sijil tidak akan dilayan.
Bagaimana sijil kursus boleh diperlakukan?
Pelajar
kursus telah menggunakan sijil kursus – kursus DCnie Academy dengan
berbagai cara. Sijil kursus DCnie Academy boleh digunakan untuk
permohonan kerja, kenaikan pangat, latihan kerjaya dan sebarang cara
lain yang boleh membantu pemegangnya maju dalam kerjaya dan hidup. Sijil
kursus – kursus DCnie Academy telah digunakan oleh pekerja sektor awam
dan juga sektor swasta. Bak kata, jika anda berusaha bersungguh –
sungguh, tidak ada pihak yang akan menolak usaha anda itu.
09) Khidmat Pelajar
Bagaimana Mendapatkan Perkhidmatan Terbaik?
Kadang
kala kami hadapi masalah memberikan perkhidmatan terbaik kepada
sesetengah pelajar yang berhubung dengan kami. Walaupun kebanyakan
pelajar boleh berhubung dengan baik dan mendapatkan jawapan kepada
soalan mereka, namun ada segelintir pelajar yang mana perhubungan dengan
mereka amat sukar dilaksanakan dengan baik. Di antara sebab – sebab
mengapa perkhidmatan terbaik tidak dapat diberikan kepada pelajar
sebegini adalah seperti berikut:-
- Semasa berhubung dengan kami, pelajar tidak menyatakan maklumat
pengenalan diri seperti Nombor Pelajar DCnie Academy mereka mahupun Nama
mereka. Ini amat memudaratkan kami kerana kami terpaksa berbuat
bermacam jenis andaian apabila berhubung dengan pelajar misteri seperti
ini.
- Pelajar terlalu beremosi bila berhubung. Sesetengah pelajar suka
membuat berbagai jenis andaian dan melemparkan berbagai jenis tuduhan.
Perhubungan beremosi seperti ini tidak membantu pelajar ataupun kami
bagi menyelesaikan persoalan atau masalah yang dihadapi.
- Sesetengah pelajar dan bukan pelajar suka membuat panggilan
miss-call berulang kali ke talian telefon kami dengan harapan kami akan
menalifon balik dan menjimatkan kos panggilan mereka. Untuk maklumat
semua, kami TIDAK MELAYAN panggilan miss-call.
Untuk memastikan kualiti perkhidmatan yang terbaik dari kami, semua
pelajar (dan bakal pelajar) diseru mematuhi peraturan atau protokol
perhubungan rasmi seperti berikut:-
- Sentiasa berikan maklumat kenalan diri. Bagi pelajar, sila nyatakan
Nombor Pelajar anda setiap kali SMS, telefon atau e-mel. Bagi bukan
pelajar, nyatakan Nama Penuh anda.
- Nyatakan masalah dengan terperinci. Nyatakan nama kursus yang
dirujuk dan masalah dengan jelas. SMS sepeti “Kenapa kursus tidak dapat
di aktifkan?” kurang baik. SMS yang lebih baik ialah “CS999999 Kursus
DVA Skrin muncul minta kod aktif, saya tidak tahu kod aktif saya“.
- Jika anda menalifon kami dan panggilan anda tidak terjawab (kerana
kami sibuk atau ada urusan lain), sila telefon kembali. Anda boleh
menalifon sehingga jam 8 malam. Disebabkan inilah kami memilih talian
telefon bimbit untuk tujuan urusan rasmi kerana talian tetap tidak ada
sesiapa yang melayan selepas jam 5 petang. Namun untuk sebarang urusan,
menalifon di waktu pejabat biasa adalah terbaik.
Semoga dengan mematuhi panduan ringkas di atas, pelajar akan dapat
selesaikan sebarang persolan dalam suasana yang tenang dan professional.
DCnie Academy sentiasa komited dalam membantu pelajar mendapatkan
pengalaman pembelajaran yang terbaik dari kami.
Mengapa DCnie Academy tidak membalas SMS saya?
Kami membalas SEMUA soalan yang ditanya dengan SMS, WhatsApp dan e-mel selewat-lewatnya dalam 24jam hari bekerja. Namun sesetengah pelajar tidak mendapat balasan SMS dari kami disebabkan tiga perkara:-
- Telefon bimbit pelajar tertutup. Sila pastikan anda memasang telefon bimbit untuk terima jawapan SMS dan WhatsApp dari kami.
- Ingatan telefon bimbit pelajar penuh dan oleh itu SMS kami tidak
dapat masuk ke dalam telefon bimbit kerana tidak ada ruang. Pastikan
anda kosongkan ingatan telefon bimbit supaya SMS baru boleh diterima.
- Telefon pelajar offline dan tidak boleh menerima balasan WhatsApp
e-mel dari kami. Pastikan anda online telefon anda untuk menerima
balasan WhatsApp dan e-mel.
- Pelajar tidak memberikan nombor pelajar apabila berhubung dengan
kami. SMS, WhatsApp dan e-mel tanpa nombor pelajar akan dianggap sebagai
perhubungan misteri dan tidak akan diberi layanan sewajarnya. Pastikan
semua perhubungan anda ditaip dalam format berikut:-
No.Pelajar
Nama Kursus
Soalan anda
Kami berharap pelajar dapat berikan kerjasama untuk kebaikan bersama.
10) DCnie Academy
Adakah DCnie Academy menyediakan pinjaman untuk mengikuti kursus?
Disebabkan
DCnie Academy bukannya IPT, kami tidak menyediakan sebarang jenis
pinjaman untuk mengikuti kursus. Harga kursus kami sudah cukup rendah
bagi membolehkan golongan berpendapatan rendah mengikutinya. Jadi isu
pinjaman tidak timbul.
Adakah DCnie Academy punya sebarang hubungan dengan kerajaan?
Tidak.
DCnie Academy tidak mempunyai sebarang hubungan dengan kerajaan atau
mana – mana IPTA atau IPTS. DCnie Academy beroperasi secara bebas dan
tidak tertakluk kepada birokrasi kerajaan dan IPTA/IPTS. Pelajar
mendaftar dengan kami dan berurusan terus dengan kami tanpa perlu
melalui mana – mana pihak ketiga.
Siapa yang biasa mengikuti kursus – kursus DCnie Academy?
Pelajar kami tiba dari berbagai lapisan masyarakat. Mereka terdiri dari:-
- Golongan pelajar sekolah dan IPT yang mengambil kursus untuk
menyediakan kerja – kerja sekolah dan kolej seperti folio dan tugasan
semester.
- Golongan belia yang mengambil kursus bagi melengkapkan diri dengan
pengetahuan dan kemahiran IT yang diperlukan di alam pekerjaan.
- Peniaga dan ahli perniagaan yang ingin belajar cara – cara membina
laman web, blog dan mempromosi produk dan perkhidmatan mereka di
Internet.
- Pengguna komputer yang ingin menggunakan kemahiran IT dari kursus untuk mencari pendapatan sampingan.
- Pengguna komputer yang ingin menjimat kos dalam kerja – kerja
penyelenggaraan dan baikpulih komputer sendiri, keluarga, rakan, majikan
dan pelanggan.
- Golongan warga emas yang tidak ingin ketinggalan dalam arus pembangunan IT.