Kursus Baikpulih Soalan Lazim ~ Bro Laptop

Soalan Lazim

 

 

Di bawah adalah senarai FAQs atau Soalan Yang Lazim di Tanya oleh pelajar dan bakal pelajar DCnie Academy. Semua soalan telah disusun mengikut kategori mereka.  

Jika anda ada sebarang soalan yang ingin ditanya klik pautan Hubungi Kami.

 

01) Keberkesanan Kursus

Adakah pembelajaran DCnie Academy berkesan?
Sistem pembelajaran kami memang berkesan. Kami menyediakan nota yang mudah dibaca dan difaham disertakan sekali dan video demonstrasi yang menunjukkan langkah demi langkah semua tatacara menjalankan fungsi komputer dan perisian yang berkaitan dengan setiap kursus. Kefahaman anda diperkukuhkan lagi dengan ujian yang memberikan maklum balas markah anda sebaik sahaja anda selesai menjalaninya. Kesemua ini memberi anda pengalaman pembelajaran yang sofistikated dan terkini.

 

02) Pendaftaran Kursus

Adakah sebarang had umur dalam mengikuti kursus?
Tidak ada sebarang had umur dalam menimba ilmu. Pelajar termuda kami berumur 13 tahun dan pelajar tertua kami berusia 72 tahun. Anda dialu – alukan untuk memecah rekod mereka.
Bagaimana menghantar yuran kursus?
Yuran kursus boleh dibayar melalui bank-in, perbankan online, wang pos, kiriman wang atau cek atas nama DCnie Academy. Bukti bayaran boleh dikemukan sama ada menerusi pos, e-mel atau WhatsApp bersama borang pendaftaran anda.
Bagaimana saya mendaftar untuk kursus?
Untuk mendaftar, anda perlu mendapatkan borang pendaftaran dengan klik menu Daftar di atas. Selepas itu anda mengisi borang pendaftaran dan kembalikannya kepada kami bersama bukti bayaran sama ada menerusi MMS, WhatsApp, e-mel atau dengan mengepos sahaja borang ke alamat yang tertera di dalam borang. Kami kemudian akan memproses permohonan anda dan menghantar bahan kursus anda dalam masa 7 hari kerja.
Berapakah kos kursus – kursus DCnie Academy?
Harga biasa satu kursus adalah RM150 sekali bayar sahaja. Anda boleh dapatkan diskaun antara 20% hingga 70% menerusi katalog kursus kami. Katalog kursus diposkan percuma kepada anda. Untuk dapatkan katalog dan diskaun, sila isikan borang online dengan klik butang Daftar di atas.
Bolehkah saya mendaftar untuk lebih dari satu kursus serentak?
Memang boleh. Anda boleh mendaftar untuk seberapa banyak kursus yang anda mahu secara serentak. Berbuat demikian memberikan anda masa lebih lama untuk menghabiskan kursus dan juga anda menikmati penjimatan dari diskaun yang lebih besar.

 

03) Kos & Bahan Kursus

Adakah bahan kursus dihantar sekali gus atau berperingkat – peringkat?
Kecuali dinyatakan sebaliknya di dalam borang pendaftaran, semua bahan kursus diposkan serentak sekali gus. Tidak ada bahan kursus lagi yang menyusul setelah anda menerima bungkusan pertama dari kami.
Adakah kos lain dalam mengikuti kursus ini?
Tidak. Kami memberi jaminan bahawa anda tidak akan diminta untuk membayar sebarang yuran atau kos kursus lain selain dari yuran kursus semasa mendaftar.
Bagaimana menghantar yuran kursus?
Yuran kursus boleh dibayar melalui bank-in, perbankan online, wang pos, kiriman wang atau cek atas nama DCnie Academy. Bukti bayaran boleh dikemukan sama ada menerusi pos, e-mel atau WhatsApp bersama borang pendaftaran anda.
Bagaimanakah bahan kursus dihantar?
Bahan kursus diposkan menggunakan perkhidmatan Pos Daftar Pos Malaysia. Perkhidmatan ini mempunyai nombor siri yang boleh dirujuk oleh pengirim atau penerima untuk memastikan status perjalanan bahan.
Berapa lama jangkamasa untuk saya menerima bahan kursus saya?
Anda dijangka menerima bahan kursus dalam masa dua minggu dari tarikh kami menerima borang permohonan anda. Kami akan memaklumkan anda menerusi SMS bila bahan kursus anda diposkan. Jika anda tidak menerima bahan kursus dalam tempoh 5 hari dari tarikh ia diposkan, silalah hubungi kami segera.

 

04) Memulakan Kursus

Adakah kursus boleh dimulakan bila-bila masa setelah bahan kursus diterima?
Konsep pendidikan DCnie Academy adalah pelajari komputer di mana jua anda berada pada bila – bila masa. Ini bermaksud anda tidak terikat kepada apa – apa jadual dan lokasi dalam mengikuti kursus – kursus anda.
Namun harus disedari bahawa bidang IT dan komputer adalah satu bidang yang melalui perubahan yang pantas. Setiap tahun ada sahaja perubahan dari segi perisian dan tatacara pengendaliannya. Kursus – kursus COMPU Studies berusaha memberikan maklumat terkini sesuai dengan perubahan ini. Oleh yang demikian anda disarankan mula mempelajari kursus anda secepat mungkin setelah menerima bahan pelajaran.
Anda tidak digalakkan menyimpan bahan kursus anda terlalu lama seperti beberapa bulan atau tahun. Ini akan menyebabkan kursus anda akan ketinggalan dan mungin tidak menepati keperluan pada ketika anda hendak mempelajarinya.
Kami di DCnie Academy juga sentiasa mengemas-kini kandungan kursus-kursus dan mengeluarkan versi – versi baru kursus hampir setiap tahun. Pelajar digalakkan menaik-taraf kursus sedia ada mereka agar sentiasa dapat mengikuti perkembangan terkini bidang IT yang mereka ceburi itu. Jadi jika anda tidak mempelajari kursus secepat mungkin, anda mungkin akan keliru apabila menerima tawaran naik-taraf atau upgrade kursus anda.

 

05) Menjalankan Kursus

Adakah saya perlu Internet untuk mengikuti kursus – kursus ini?
Tidak. Semua bahan kursus dimuatkan dalam CD dan DVD kursus yang akan anda pasang pada komputer anda. Anda tidak perlu sambungan Internet untuk mengikuti nota, demonstrasi, latihan dan menjalankan kerja – kerja praktikal kursus. Namun jika anda ingin mempraktikkan kemahiran yang berkaitan dengan Internet yang diajar dalam bahan kursus, anda sudah pastinya memerlukan sambungan Internet.
Apakah Petua Untuk Saya Berjaya Dalam Kursus?
Untuk berjaya dalam kursus, ikuti petua – petua berikut:-
  • Anda hendaklah menyediakan suasana yang sesuai untuk pembelajaran. Suasana yang terlalu bising dan banyak gangguan akan menyukarkan pembelajaran. Pastikan anda hindarkan dari sebarang gangguan semasa pembelajaran anda.
  • Anda hendaklah menyediakan jadual waktu pembelajaran. Anda harus membuat jadual untuk belajar dan pastikan anda mengikutinya.
  • Anda hendaklah membina semangat dan motivasi untuk belajar. Anda perlu cipta satu impian berkenaan apa yang anda ingin perolehi dari pembelajaran anda. Impian ini harus realistik dan mampu dicapai oleh anda. Dengan cara ini impian berkenaan akan memberikan anda semangat dan dorongan untuk belajar.
  • Anda hendaklah menghubungi kami dengan persoalan dan pertanyaan berkenaan dengan kursus. Anda mesti bertanyakan soalan dari masa ke semasa supaya hilang rasa keseorangan menjalani kursus.
  • Anda hendaklah tanam minat membaca. Buangkan tabiat takut membaca dan jadilah orang yang gemar membaca. Ia akan amat memudahkan anda mengikuti kursus.
Ikuti semua petua di atas dan kami yakin anda akan berjaya dalam kursus anda.
Bagaimana menjalankan semula kursus yang telah terhilang?
Untuk mengaktifkan semula semua kursus – kursus anda yang terhilang akibat dari kerosakkan atau kecurian komputer, sila lakukan langkah – langkah ini:-
  1. Pasang kursus dari CD-ROM masing – masing.
  2. Jalankan kursus yang dipasang.
  3. Masukkan nombor pelajar seperti yang diminta oleh kursus
  4. Hantarkan SMS seperti yang diarahkan oleh kursus untuk memohon kod aktif KURSUS
  5. Aktifkan kursus dengan kod aktif KURSUS yang diperolehi dari kami melalui SMS.
Ulangi proses ini untuk setiap satu dari kursus anda. Jika ada sebarang masalah, sila telefon kami.
Bagaimanakah kursus – kursus ini dijalankan?
Setelah berdaftar, anda akan dibekalkan dengan bahan kursus. Anda mengikuti bahan kursus dan boleh bertanyakan sebarang persoalan kepada pensyarah anda pada bila – bila masa. Anda akan melakukan latihan dan ujian dan menghantarkannya kepada pensyarah untuk dinilai. Setelah tamat kursus, sijil dikeluarkan kepada anda. Untuk penerangan terperinci, sila klik di sini.
Bolehkah CD dan DVD kursus dijalankan pada laptop?
Semua CD dan DVD yang dibekalkan bersama bahan kursus boleh dijalankan pada sebarang jenis laptop yang mempunyai pemacu CD/DVD. Tatacara menjalankan CD dan DVD di laptop adalah sama sahaja seperti menjalankannya di komputer Desktop.
Bolehkah kursus dijalankan di siber kafe?
Ya, anda memang boleh jalankan kursus – kursus kami di komputer siber kafe. Kursus – kursus DCnie Academy membenarkan anda memasang katalaluan atau password kepada kursus supaya pengguna lain tidak dapat menggunakan kursus tersebut. Setelah anda tamat mempelajari kursus, anda boleh buang pemasangan kursus dari komputer siber kafe tersebut.
Ramai pengguna yang menjalankan kursus di siber kafe mempunyai persefahaman dengan pemilik siber kafe supaya mereka sentiasa dapat menggunakan komputer yang sama untuk mengikuti kursus tersebut. Ini dapat dicapai dengan membuat pembayaran terlebih dahulu dan menempah (booking) komputer tersebut di hari dan waktu yang diperlukan.
Bolehkah perisian dijalankan dari thumbdrive?
Jika anda menggunakan komputer jenis netbook atau laptop yang tidak ada pemacu CD dan DVD anda boleh menyalin semua fail – fail kursus dari CD dan DVD kursus anda ke dalam thumbdrive dan pendrive dan menjalankannya dari thumbdrive atau pendrive anda. Sudah pasti untuk melakukan kerja – kerja salinan ini anda perlu menggunakan komputer yang mempunyai pemacu CD dan DVD serta soket USB untuk thumbdrive/pendrive.

 

06) Tempoh Pembelajaran

Berapa lama tempoh langganan kursus?
Tempoh langganan kursus anda adalah selama 12 bulan dari tarikh anda daftar. Dalam tempoh langganan anda berhak mendapatkan perkhidmatan – perkhidmatan berikut secara percuma:-
  1. Upgrade percuma kepada versi terkini bagi semua kursus yang anda telah daftar dan masih dalam tempoh langganan.
  2. Kod aktif percuma bagi kursus – kursus anda. Tertakluk kepada terma dan syarat kursus.
  3. Jawapan kepada sebarang soalan berkaitan kursus anda.
  4. Sijil percuma bagi semua kursus yang telah anda tamatkan.
Setelah tamat langganan, anda boleh menyambung langganan anda dengan harga yang amat istimewa bagi terus menikmati kelebihan – kelebihan di atas.
Berapa lama tempoh pembelajaran kursus?
Kebanyakkan kursus – kursus DCnie Academy boleh dihabiskan dalam masa 1 hingga 2 bulan. Namun tempoh sebenar yang akan diambil bergantung kepada anda sendiri. Ini kerana kursus DCnie Academy dipelajari oleh anda di kediaman anda sendiri. Tidak ada kelas yang perlu diikuti. Tidak ada jadual ketat yang perlu dipatuhi. Anda menentukan bila dan berapa lama waktu yang hendak diperuntukkan untuk pembelajaran anda. Lebih banyak masa diluangkan untuk pembelajaran, lebih cepat anda akan habiskan kursus. Jadi segala – galanya bergantung kepada anda.

 

07) Kod Aktif

Bolehkan saya guna kembali kod aktif kursus?
Kod aktif kursus boleh digunakan semula bagi kursus yang sama yang dipasang di komputer yang sama. Jika anda memasang kursus yang berlainan atau memasang kursus di komputer lain, anda perlu memohon kod aktif yang baru. Anda juga perlu pohon kod aktif baru jika anda format komputer anda.

 

08) Sijil Kursus

Adakah sijil kursus dihantar bersama dengan bahan kursus?
Sijil kursus dihantar setelah pelajar menamatkan kursus dengan jayanya. Setiap kursus disertakan dengan latihan atau ujian yang perlu disiapkan oleh pelajar. Pelajar akan menyiapkan dan menghantar latihan/ujian ini untuk dinilai oleh kami. Pelajar yang lulus latihan/ujian akan diberikan sijil. Pelajar yang gagal akan diberi peluang untuk mengulanginya sekali lagi. Kami tidak menjual sijil dan sebarang pernyataan berkenaan pembelian sijil tidak akan dilayan.
Bagaimana sijil kursus boleh diperlakukan?
Pelajar kursus telah menggunakan sijil kursus – kursus DCnie Academy dengan berbagai cara. Sijil kursus DCnie Academy boleh digunakan untuk permohonan kerja, kenaikan pangat, latihan kerjaya dan sebarang cara lain yang boleh membantu pemegangnya maju dalam kerjaya dan hidup. Sijil kursus – kursus DCnie Academy telah digunakan oleh pekerja sektor awam dan juga sektor swasta. Bak kata, jika anda berusaha bersungguh – sungguh, tidak ada pihak yang akan menolak usaha anda itu.

 

09) Khidmat Pelajar

Bagaimana Mendapatkan Perkhidmatan Terbaik?
Kadang kala kami hadapi masalah memberikan perkhidmatan terbaik kepada sesetengah pelajar yang berhubung dengan kami. Walaupun kebanyakan pelajar boleh berhubung dengan baik dan mendapatkan jawapan kepada soalan mereka, namun ada segelintir pelajar yang mana perhubungan dengan mereka amat sukar dilaksanakan dengan baik. Di antara sebab – sebab mengapa perkhidmatan terbaik tidak dapat diberikan kepada pelajar sebegini adalah seperti berikut:-
  1.  Semasa berhubung dengan kami, pelajar tidak menyatakan maklumat pengenalan diri seperti Nombor Pelajar DCnie Academy mereka mahupun Nama mereka. Ini amat memudaratkan kami kerana kami terpaksa berbuat bermacam jenis andaian apabila berhubung dengan pelajar misteri seperti ini.
  2. Pelajar terlalu beremosi bila berhubung. Sesetengah pelajar suka membuat berbagai jenis andaian dan melemparkan berbagai jenis tuduhan. Perhubungan beremosi seperti ini tidak membantu pelajar ataupun kami bagi menyelesaikan persoalan atau masalah yang dihadapi.
  3. Sesetengah pelajar dan bukan pelajar suka membuat panggilan miss-call berulang kali ke talian telefon kami dengan harapan kami akan menalifon balik dan menjimatkan kos panggilan mereka. Untuk maklumat semua, kami TIDAK MELAYAN panggilan miss-call.

Untuk memastikan kualiti perkhidmatan yang terbaik dari kami, semua pelajar (dan bakal pelajar) diseru mematuhi peraturan atau protokol perhubungan rasmi seperti berikut:-

  1. Sentiasa berikan maklumat kenalan diri. Bagi pelajar, sila nyatakan Nombor Pelajar anda setiap kali SMS, telefon atau e-mel. Bagi bukan pelajar, nyatakan Nama Penuh anda.
  2. Nyatakan masalah dengan terperinci. Nyatakan nama kursus yang dirujuk dan masalah dengan jelas. SMS sepeti “Kenapa kursus tidak dapat di aktifkan?” kurang baik. SMS yang lebih baik ialah “CS999999 Kursus DVA Skrin muncul minta kod aktif, saya tidak tahu kod aktif saya“.
  3. Jika anda menalifon kami dan panggilan anda tidak terjawab (kerana kami sibuk atau ada urusan lain), sila telefon kembali. Anda boleh menalifon sehingga jam 8 malam. Disebabkan inilah kami memilih talian telefon bimbit untuk tujuan urusan rasmi kerana talian tetap tidak ada sesiapa yang melayan selepas jam 5 petang. Namun untuk sebarang urusan, menalifon di waktu pejabat biasa adalah terbaik.
Semoga dengan mematuhi panduan ringkas di atas, pelajar akan dapat selesaikan sebarang persolan dalam suasana yang tenang dan professional. DCnie Academy sentiasa komited dalam membantu pelajar mendapatkan pengalaman pembelajaran yang terbaik dari kami.
Mengapa DCnie Academy tidak membalas SMS saya?
Kami membalas SEMUA soalan yang ditanya dengan SMS, WhatsApp dan e-mel selewat-lewatnya dalam 24jam hari bekerja. Namun sesetengah pelajar tidak mendapat balasan SMS dari kami disebabkan tiga perkara:-
  1. Telefon bimbit pelajar tertutup. Sila pastikan anda memasang telefon bimbit untuk terima jawapan SMS dan WhatsApp dari kami.
  2. Ingatan telefon bimbit pelajar penuh dan oleh itu SMS kami tidak dapat masuk ke dalam telefon bimbit kerana tidak ada ruang. Pastikan anda kosongkan ingatan telefon bimbit supaya SMS baru boleh diterima.
  3. Telefon pelajar offline dan tidak boleh menerima balasan WhatsApp e-mel dari kami. Pastikan anda online telefon anda untuk menerima balasan WhatsApp dan e-mel.
  4. Pelajar tidak memberikan nombor pelajar apabila berhubung dengan kami. SMS, WhatsApp dan e-mel tanpa nombor pelajar akan dianggap sebagai perhubungan misteri dan tidak akan diberi layanan sewajarnya. Pastikan semua perhubungan anda ditaip dalam format berikut:- No.Pelajar
    Nama Kursus
    Soalan anda
Kami berharap pelajar dapat berikan kerjasama untuk kebaikan bersama.

 

  10) DCnie Academy

Adakah DCnie Academy menyediakan pinjaman untuk mengikuti kursus?
Disebabkan DCnie Academy bukannya IPT, kami tidak menyediakan sebarang jenis pinjaman untuk mengikuti kursus. Harga kursus kami sudah cukup rendah bagi membolehkan golongan berpendapatan rendah mengikutinya. Jadi isu pinjaman tidak timbul.
Adakah DCnie Academy punya sebarang hubungan dengan kerajaan?
Tidak. DCnie Academy tidak mempunyai sebarang hubungan dengan kerajaan atau mana – mana IPTA atau IPTS. DCnie Academy beroperasi secara bebas dan tidak tertakluk kepada birokrasi kerajaan dan IPTA/IPTS. Pelajar mendaftar dengan kami dan berurusan terus dengan kami tanpa perlu melalui mana – mana pihak ketiga.
Siapa yang biasa mengikuti kursus – kursus DCnie Academy?
Pelajar kami tiba dari berbagai lapisan masyarakat. Mereka terdiri dari:-
  1. Golongan pelajar sekolah dan IPT yang mengambil kursus untuk menyediakan kerja – kerja sekolah dan kolej seperti folio dan tugasan semester.
  2. Golongan belia yang mengambil kursus bagi melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran IT yang diperlukan di alam pekerjaan.
  3. Peniaga dan ahli perniagaan yang ingin belajar cara – cara membina laman web, blog dan mempromosi produk dan perkhidmatan mereka di Internet.
  4. Pengguna komputer yang ingin menggunakan kemahiran IT dari kursus untuk mencari pendapatan sampingan.
  5. Pengguna komputer yang ingin menjimat kos dalam kerja – kerja penyelenggaraan dan baikpulih komputer sendiri, keluarga, rakan, majikan dan pelanggan.
  6. Golongan warga emas yang tidak ingin ketinggalan dalam arus pembangunan IT.

0 comments:

Post a Comment