Kursus Baikpulih Siapa Kami ~ Bro Laptop

Siapa Kami

  

DCnie Academy mula beroperasi di Terengganu, sejak tahun 2010. Semenjak itu kami telah mendidik ramai pelajar dalam penggunaan IT dari seluruh pelusuk Malaysia.

DCnie Academy adalah organisasi swasta yang terlibat sepenuhnya dalam memberikan kursus – kursus komputer melalui konsep pendidikan jarak jauh dan secara terus. 


Kursus – kursus di DCnie Academy diadakan untuk memberikan individu yang mengikutinya pengetahuan dan kemahiran yang boleh dimanfaatkannya dengan serta-merta tanpa membebankannya dengan maklumat mahupun kemahiran yang bercorak teori atau kurang digunakan. 


Kami berhasrat melahirkan pengguna yang tahu akan nilai maklumat di sekelilingnya dan tahu menggunakan berbagai teknologi yang ada untuk memproses maklumat tersebut demi meningkatkan produktiviti, nilai diri, pendapatan atau kualiti hidupnya. 

Tumpuan kami adalah kepada bidang IT sepenuhnya dan kursus – kursus komputer kami memberikan imbangan teori dan praktikal yang baik bagi menjadikan sesiapa sahaja yang mengikuti kursus, mahir dalam topik yang dipelajari. 



Kami mengalu – alukan anda sebagai ahli baru keluarga kami yang semakin membesar. :)

0 comments:

Post a Comment